CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

~KAWAN~SAHABAT~TEMAN~BUDDY~FRIEND~

Sunday 22 February 2009

10 CIRI ORANG MALAS


Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa diri anda sendiri digelar pemalas oleh teman2..Jadi untuk mengetahui adakah anda tergolong dalam ciri2 seorang pemalas..


1.Kamu sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan

2.Sepanjang hidup kamu tidak pernah menghadiri mana2 aktiviti sosial seperti gotong-royong dan lain2 yang dianjurkan ditempat kerja, kolej, atau disekeliling kawasan kediaman kamu. 3.Tidak pernah mengemas tempat tidur.

4.Separuh masa kamu banyak dihabiskan untuk tidur.

5.Orang melihat kediaman kamu seperti tongkang pecah, tetapi kamu melihatnya indah seperti istana.

6.Sekiranya orang lain bersedih apabila gagal, tetapi kamu tidak sedikit pun berasa sedih.Bagi kamu, kegagalan itu sudah menjadi suatu kebiasaan dalam hidup kamu.

7.Cara kamu menutup kelemahan kamu ialah sentiasa nampak cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikatnya baju yang kamu pakai tidak basuh bertahun-tahun. 8.Sanggup berlapar daripada membeli makanan kononnya kamu sedang berdiet.

9.Setiap pagi, wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria.Asyik tidak ada mood sahaja.
10.Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana kamu merasakan apa yang kamu ada pada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.


haa... adakah anda mempunyai ciri2 di atas..Sekiranya ada..maka cepat2 la berubah ye...

0 comments: