CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

~KAWAN~SAHABAT~TEMAN~BUDDY~FRIEND~

Sunday 22 February 2009

10 CIRI ORANG MALAS


Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa diri anda sendiri digelar pemalas oleh teman2..Jadi untuk mengetahui adakah anda tergolong dalam ciri2 seorang pemalas..


1.Kamu sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan

2.Sepanjang hidup kamu tidak pernah menghadiri mana2 aktiviti sosial seperti gotong-royong dan lain2 yang dianjurkan ditempat kerja, kolej, atau disekeliling kawasan kediaman kamu. 3.Tidak pernah mengemas tempat tidur.

4.Separuh masa kamu banyak dihabiskan untuk tidur.

5.Orang melihat kediaman kamu seperti tongkang pecah, tetapi kamu melihatnya indah seperti istana.

6.Sekiranya orang lain bersedih apabila gagal, tetapi kamu tidak sedikit pun berasa sedih.Bagi kamu, kegagalan itu sudah menjadi suatu kebiasaan dalam hidup kamu.

7.Cara kamu menutup kelemahan kamu ialah sentiasa nampak cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikatnya baju yang kamu pakai tidak basuh bertahun-tahun. 8.Sanggup berlapar daripada membeli makanan kononnya kamu sedang berdiet.

9.Setiap pagi, wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria.Asyik tidak ada mood sahaja.
10.Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana kamu merasakan apa yang kamu ada pada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.


haa... adakah anda mempunyai ciri2 di atas..Sekiranya ada..maka cepat2 la berubah ye...

Tuesday 17 February 2009

TERJEMAHAN BACAAN TALKIN......SEBAGAI PEDOMAN~~~

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau terasa meremang sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja, sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM.


Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,

hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hambaAllah Taala, sebagaimana kamu juga hamba AllahTaala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap:

"La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilahdia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senyap mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt,

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada didalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalamkeadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw

"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya :
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati


1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang
yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buahbuahan syurga. "Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 23

Untuk renungan dan amalan bersama . "LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN

Sunday 15 February 2009

BESTNYA ARINIE....................('',)

16, Feb......................salam semua...meet again.......semalam Waheeda ngan Ustaz Akhil Hayy datang kolej...meriah betul semalam...biasalah, kat Tjg Malim ni bukannya ada hiburan2 macam kat bandar.....malah UPSI ni lebih dikenali dengan tempat 'jin bertendang'....jaaauuhh...sampai kul 1230am jugak diorang wat persembahan....sedap2 lagu yang dinyanyikan....memang sweet couple lah diorang..hehehe..... Selepas ngaji subuh tadi rasa macam heppy jer..ntah kenapa.....saya ni kalo bangun pagi tiba2 ada perkara yang buat saya terfikir2 dan stress, whole day mud akan x berapa baek....tapi, bukan selalu la....kadang2 jer...kalo bangun pagi rasa ceria, tenang dan tersenyum tgk handphone (...hihihihi...) satu hari akan heppy...ini satu terapi sebenarnya...so, korang2 kalo nak hidup ceria cubalah amalkan petua ni...caranya, mudah ja....bangun pagi ja terus tengok cermin...tak kesah la cermin kat tandas ke, kt almari ke yang penting senyum selebar2 yang boleh...........korang akan terasa otot2 muka korang bergerak2 pastu rasa macam darah mengalir dengan lancar jer......takde lagi dah ngantuk2 lepas subuh......pastu sebut," comelnya saya".....(kalo malu cakap kuat2 boleh sebut dalam hati)...bukan untuk membanggakan diri tapi sebagai cara untuk meningkatkan semangat dalam diri....kalo takde orang puji, baek puji diri sendiri kan..hehe...tapi lebih afdhal kalo baca doa tengok cermin la...supaya Allah S.W.T kurniakan kepada kita pekerti yang elok sepertimana Dia mengelokkan rupa kita....tapi kan, sebelum gosok gigi minum dulu segelas air putih...(air masak la).....jangan geli2 aaarr....sebab enzim2 dalam mulut tu dapat jadikan kita awet muda....awet muda tu bukannya nampak sekarang, tapi bila dah berusia nanti......hahaha....jangan lupa berus lidah sekali, sebab segala bakteria bukan sahaja ada pada gigi tau...kat lidah pun ada jugak.....malah lagi banyak berbanding pada gigi.....seorang ustaz pernah berkata bahawa cara ini perlu diamalkan sehingga lendir kuning pada lidah dapat dibuang...dengan menggosok lidah ianya akan lebih mudah untuk seseorang mengaji dan menghafaz ayat2 al-quran....selain dapat menghindar bau2an yang kurang menyenangkan......try tau...!!


hmmm...panjang lak preamble arini....hehe.....pagi ni saya start breakfast dengan nestum...mudah & cepat....hidup kena praktikal....hahha...saya ni wajib kena amik breakfast sebab ada gastrik....ingatkan arini nak tenangkan fikiran, car tajuk2 yang seswai untuk proposal, skali dapat call ada discussion rupa2nya...aiyaa...kelam kabut bersiap....legaaa....1 asgmnt dah siap....tggal nak present ja esok....caiyokk....!!

lunch arini saya masak bubur bawang....ahhaha...sedey kan....tapi takpe, janji sedapp....buat ala2 mcD.......ni diaaaa~~~~~

Friday 13 February 2009

BUSANNYAA......

Today, 13th Feb.....sangat2 busan lor....padahal keja banyak tapi konfius mana 1 nak mula pun bingung lagi...banyak asgmnt group kali ni...so, slagi tak dscuss slagi tu takkan gerak punyer....hmm...apsal busan hah?? dah 2 hari rumet saya, salina balik kampung....betulla, bila tak ada kawan nk borak2, tegur2 ni kadangkala boleh jadi mati kutu jugak....saya memerap aja la dalam bilik....arini lepas solat subuh terlena balik..hehhe....semalam tidur lewat....bagun jer terus baca online newspaper......pastu g lunch...arini makan nasi berlaukkan telur dadar, cendawan goreng dgn sambal...huaaaaa...apa sudah jadi....!!...sekarang ni nak pilih lauk kat cafe pun termangu2, terkebil2....asek2 lauk yang sama....loya dah tekak ni.....time2 macam ni mulalah terbayang keenakan masakan mak.....ikan bilis yang mak goreng pun dah cukup lazat rasanya......housemate yang lain dengan hal masing2...ada yang keluar ada yang merap jugak...tapi, mujur kat kolejku ini ada open day..meriah bisingnya dapat jugak memecah kebusananku ini...huahuahua.....tapi diorang kerap sangat pasang lagu TANPA by sixth sense tue....lagu tu dah la syahdu....menambahkan kesayuan di hati ini....tapi, jap lagi nak join Amal g pekan..ada pasar malam arini....hmmm....at least bergerak jugak otot2 dan segala tulang temulang ni daripada terperap aja dalam bilik kan..kan..kan....hmmm...sebenarnya dalam kepala ni asyik fikirkan asgmnt ja....proposal lagi...aaahhh..!!! tapi tak apa...bak kata Rollo May...hidup menuju kedepan...segala ketentuan dan cabaran pasti akan tiba...hanya diri manusia sendiri yang perlu pastikan segala tindakan dan keputusan yang diambil adalah yang paling bijaksana difikirkan....so, apabila sudah buat keputusan perlulah komited......orait....tata..

sebagai selingan, kita tengok gambar niee........kelakarkan....!!

KAU LELAKI...AKU WANITA...

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-

1) lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2) lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !

3) Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh
suaminya.BERATKAN !

4) Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun
begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita................
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada
lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan
dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah
pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah
bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan WALLAHUA'LAM

RELAXATION.......


4hb Feb 2009....tiba-tiba saya dengan kawan2 (dla& ct) planning nk g main bowling.....mentang-mentanglah aritu cuti sebab pengisytiharaan Jubli Perak.....so, apa lgi....merelaxkan diri lah jawabnya....kami pergi berempat...sorang lagi, hehehe....Brother Adam merangkap pemandu bertauliah kami....mulanya nak main kat Rawang jer, skali sebaik jer sampai, tempat tu tutup plak...macam dah tak berfungsi jer tempat tu....ikutkan hati memang la tak nak balik....tup tap tup tap, terus gerak ke Damansara...hahaha.....main 2 game, hentam bagai nak rak...yang bestnya 1st game saya lead, patu stamina mula turun...game 2nd saya tempat kedua...ciss, Bro Adam merampas takhtaku...apapun, memang enjoy....Dila & Ct tak kurang hebatnya...gaya mereka penuh dengan kelembutan...bak bidadari bermain bowling...awww.....sori nohhh.....

Masa balik, kami singgah di KKB....just nak makan kuey teow gulung jer...tapi, Bro Adam bawak kami g empangan KKB....sekali lagi kami merelaxkan diri sambil termenung dan merasai kesegaran alam.....tempatnya cantik...gambar ni pon konon2nya nak posing macam cerita I'm not single...almaklumlah, diorang berlakon kat sini....ekekeke.....

Wednesday 11 February 2009

Sambutan Hari Kekasih cemar budaya Islam (Harian Metro)



Dalam era penuh cabaran masa kini, umat Islam diserang pelbagai gejala yang cukup menggawatkan. Anak muda semakin hanyut dibuai budaya Barat yang semakin parah dan tiada menunjukkan graf penurunan. Mengambil contoh sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang akan diraikan beberapa hari lagi, ia bukti bertambahnya penghakisan peradaban Melayu.Nampaknya bagi sesetengah pihak, apa saja daripada budaya Barat dianggap moden dan seharusnya dijadikan ikutan tanpa melihat mengenai hukum halal dan haramnya. Saban tahun ulama dan cerdik pandai Islam memperingatkan umat Islam supaya menghindari daripada turut sama merayakan Hari Kekasih, tetapi ternyata, seruan itu seakan-akan tidak diendahkan langsung bagai mencurah air ke daun keladi. Kita sedih melihat anak muda Islam beria-ria menyambutnya penuh bangga, malah sentiasa menunggunya setiap tahun.

Satu persatu budaya ‘jahiliyah moden’ Barat menjadi budaya anak muda. Sambutan Hari Kekasih yang diraikan pada 14 Februari setiap tahun berakar umbi sejarahnya daripada sumber Kristian. Jadi, ia sangat bercanggah dengan Islam dan tidak sesuai diraikan. Kita seharusnya melihat kembali sejarah wujudnya Hari Kekasih agar kita tidak mudah terjerumus dalam situasi yang boleh menggugat iman.Sejarah Hari Kekasih ada beberapa versi sumbernya dan di sini diceritakan semula supaya kita dapat memahami secara jelas betapa terpesongnya anak muda jika turut sama meraikannya. Mengikut sejarah, Valentine seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabela di Sepanyol. Kedudukannya dikatakan kedua selepas paderi besar Pope. Dikisahkan Valentine memainkan peranan ketika menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol.Jasanya dianggap tidak mungkin dilupakan dan harus dihargai. Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun. Berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Kekasih, jelaslah ia satu tradisi dalam agama Kristian dan sangat diraikan penganut agama berkenaan.Persoalannya, kenapa pula anak muda Islam di Malaysia beria-ria sangat turut meraikannya? Inilah akibatnya apabila mengikut budaya asing secara membuta tuli tanpa mengkaji sejarah. Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w bermaksud: “Sesiapa melakukan perbuatan menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk bersama golongan itu.” (Hadith) Sekarang kita tinjau beberapa fatwa berkenaan sambutan Hari Kekasih. Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2005 menyatakan: “Amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah serta dilarang Islam. Oleh itu, umat Islam dilarang membabitkan diri meraikan hari itu.”Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang pada 20-21 Syawal 1426H bersamaan 22-24 November 2005 di Kuching, Sarawak, menetapkan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang meraikannya.Jelaslah, dua fatwa berkenaan menegah sama sekali umat Islam merayakan Hari Kekasih. Marilah kembali kepada kehidupan selari dengan kehendak Islam dan jangan lagi membiarkan diri dijajah budaya asing yang memesongkan akidah. Sepatutnya budaya positif dari Barat wajar diteladani seperti aspek kebersihan, dedikasi bekerja dan budaya cintakan ilmu pengetahuan.Budaya ‘berseronok’ seperti menyambut Hari Kekasih tidak patut dimasukkan dalam takwim perayaan kita. Jangan biarkan diri terus menjauhi dengan budaya Melayu dan nilai agama. Kesannya sangat buruk kepada keperibadian bangsa dan identiti negara. Saidina Umar Al-Khattab pernah menyatakan: “Kita adalah satu bangsa dan golongan yang dimuliakan Allah apabila kita berpegang kepada ajaran Islam. Tetapi sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada cara Islam, sudah tentu Allah akan menimpakan kepada kita kehinaan.” Generasi muda sepatutnya sedar dan insaf beramal dan mengikut budaya selain Islam, terutama dalam meraikan hari tertentu boleh menjejaskan akidah dan menghakis keluhuran budaya tempatan. Ingatlah firman Allah dalam Surah Faathir ayat 8: “Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik.” Sesungguhnya generasi muda Malaysia akan mengalami kerencatan pada masa hadapan jika mereka dibuai dan dihanyutkan dalam budaya yang tidak mendatangkan manfaat. Mereka mesti bangkit menjadi benteng kukuh untuk kemajuan negara dengan keteguhan iman, akhlak mulia dan intelek unggul. Adunan tiga elemen itu akan melahirkan warga muda yang dapat memacu negara ke arah kegemilangan.Menurut Hasan Al-Bana: “Generasi muda adalah rahsia kehidupan bangsa dan sumber kebangkitan.”Kata Sasterawan Negara, Arena Wati menerusi novelnya Sukma Angin: “Keimanan manusia, intelek dan cita rasa manusiawi itu bergantung jadi tenaga dalam diri individu memilih dan membina tamadun.”