~KAWAN~SAHABAT~TEMAN~BUDDY~FRIEND~
Sunday, 22 February 2009
10 CIRI ORANG MALAS
Posted by ciwa at 08:34 0 comments
Tuesday, 17 February 2009
TERJEMAHAN BACAAN TALKIN......SEBAGAI PEDOMAN~~~
Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau terasa meremang sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja, sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hambaAllah Taala, sebagaimana kamu juga hamba AllahTaala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.Mereka berkata:
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
"La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalamkeadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang
Posted by ciwa at 19:44 0 comments
Sunday, 15 February 2009
BESTNYA ARINIE....................('',)
16, Feb......................salam semua...meet again.......semalam Waheeda ngan Ustaz Akhil Hayy datang kolej...meriah betul semalam...biasalah, kat Tjg Malim ni bukannya ada hiburan2 macam kat bandar.....malah UPSI ni lebih dikenali dengan tempat 'jin bertendang'....jaaauuhh...sampai kul 1230am jugak diorang wat persembahan....sedap2 lagu yang dinyanyikan....memang sweet couple lah diorang..hehehe..... Selepas ngaji subuh tadi rasa macam heppy jer..ntah kenapa.....saya ni kalo bangun pagi tiba2 ada perkara yang buat saya terfikir2 dan stress, whole day mud akan x berapa baek....tapi, bukan selalu la....kadang2 jer...kalo bangun pagi rasa ceria, tenang dan tersenyum tgk handphone (...hihihihi...) satu hari akan heppy...ini satu terapi sebenarnya...so, korang2 kalo nak hidup ceria cubalah amalkan petua ni...caranya, mudah ja....bangun pagi ja terus tengok cermin...tak kesah la cermin kat tandas ke, kt almari ke yang penting senyum selebar2 yang boleh...........korang akan terasa otot2 muka korang bergerak2 pastu rasa macam darah mengalir dengan lancar jer......takde lagi dah ngantuk2 lepas subuh......pastu sebut," comelnya saya".....(kalo malu cakap kuat2 boleh sebut dalam hati)...bukan untuk membanggakan diri tapi sebagai cara untuk meningkatkan semangat dalam diri....kalo takde orang puji, baek puji diri sendiri kan..hehe...tapi lebih afdhal kalo baca doa tengok cermin la...supaya Allah S.W.T kurniakan kepada kita pekerti yang elok sepertimana Dia mengelokkan rupa kita....tapi kan, sebelum gosok gigi minum dulu segelas air putih...(air masak la).....jangan geli2 aaarr....sebab enzim2 dalam mulut tu dapat jadikan kita awet muda....awet muda tu bukannya nampak sekarang, tapi bila dah berusia nanti......hahaha....jangan lupa berus lidah sekali, sebab segala bakteria bukan sahaja ada pada gigi tau...kat lidah pun ada jugak.....malah lagi banyak berbanding pada gigi.....seorang ustaz pernah berkata bahawa cara ini perlu diamalkan sehingga lendir kuning pada lidah dapat dibuang...dengan menggosok lidah ianya akan lebih mudah untuk seseorang mengaji dan menghafaz ayat2 al-quran....selain dapat menghindar bau2an yang kurang menyenangkan......try tau...!!
Posted by ciwa at 21:03 0 comments
Friday, 13 February 2009
BUSANNYAA......
Posted by ciwa at 21:59 0 comments
KAU LELAKI...AKU WANITA...
Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-
1) lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2) lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !
3) Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh
suaminya.BERATKAN !
4) Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun
begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita................
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada
lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan
dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah
pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah
bandingannya dgn seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan WALLAHUA'LAM
Posted by ciwa at 09:32 0 comments
RELAXATION.......
Masa balik, kami singgah di KKB....just nak makan kuey teow gulung jer...tapi, Bro Adam bawak kami g empangan KKB....sekali lagi kami merelaxkan diri sambil termenung dan merasai kesegaran alam.....tempatnya cantik...gambar ni pon konon2nya nak posing macam cerita I'm not single...almaklumlah, diorang berlakon kat sini....ekekeke.....
Posted by ciwa at 00:11 0 comments
Wednesday, 11 February 2009
Sambutan Hari Kekasih cemar budaya Islam (Harian Metro)
Dalam era penuh cabaran masa kini, umat Islam diserang pelbagai gejala yang cukup menggawatkan. Anak muda semakin hanyut dibuai budaya Barat yang semakin parah dan tiada menunjukkan graf penurunan. Mengambil contoh sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang akan diraikan beberapa hari lagi, ia bukti bertambahnya penghakisan peradaban Melayu.Nampaknya bagi sesetengah pihak, apa saja daripada budaya Barat dianggap moden dan seharusnya dijadikan ikutan tanpa melihat mengenai hukum halal dan haramnya. Saban tahun ulama dan cerdik pandai Islam memperingatkan umat Islam supaya menghindari daripada turut sama merayakan Hari Kekasih, tetapi ternyata, seruan itu seakan-akan tidak diendahkan langsung bagai mencurah air ke daun keladi. Kita sedih melihat anak muda Islam beria-ria menyambutnya penuh bangga, malah sentiasa menunggunya setiap tahun.
Satu persatu budaya ‘jahiliyah moden’ Barat menjadi budaya anak muda. Sambutan Hari Kekasih yang diraikan pada 14 Februari setiap tahun berakar umbi sejarahnya daripada sumber Kristian. Jadi, ia sangat bercanggah dengan Islam dan tidak sesuai diraikan. Kita seharusnya melihat kembali sejarah wujudnya Hari Kekasih agar kita tidak mudah terjerumus dalam situasi yang boleh menggugat iman.Sejarah Hari Kekasih ada beberapa versi sumbernya dan di sini diceritakan semula supaya kita dapat memahami secara jelas betapa terpesongnya anak muda jika turut sama meraikannya. Mengikut sejarah, Valentine seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabela di Sepanyol. Kedudukannya dikatakan kedua selepas paderi besar Pope. Dikisahkan Valentine memainkan peranan ketika menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol.Jasanya dianggap tidak mungkin dilupakan dan harus dihargai. Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun. Berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Kekasih, jelaslah ia satu tradisi dalam agama Kristian dan sangat diraikan penganut agama berkenaan.Persoalannya, kenapa pula anak muda Islam di Malaysia beria-ria sangat turut meraikannya? Inilah akibatnya apabila mengikut budaya asing secara membuta tuli tanpa mengkaji sejarah. Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w bermaksud: “Sesiapa melakukan perbuatan menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk bersama golongan itu.” (Hadith) Sekarang kita tinjau beberapa fatwa berkenaan sambutan Hari Kekasih. Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2005 menyatakan: “Amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah serta dilarang Islam. Oleh itu, umat Islam dilarang membabitkan diri meraikan hari itu.”Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang pada 20-21 Syawal 1426H bersamaan 22-24 November 2005 di Kuching, Sarawak, menetapkan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang meraikannya.Jelaslah, dua fatwa berkenaan menegah sama sekali umat Islam merayakan Hari Kekasih. Marilah kembali kepada kehidupan selari dengan kehendak Islam dan jangan lagi membiarkan diri dijajah budaya asing yang memesongkan akidah. Sepatutnya budaya positif dari Barat wajar diteladani seperti aspek kebersihan, dedikasi bekerja dan budaya cintakan ilmu pengetahuan.Budaya ‘berseronok’ seperti menyambut Hari Kekasih tidak patut dimasukkan dalam takwim perayaan kita. Jangan biarkan diri terus menjauhi dengan budaya Melayu dan nilai agama. Kesannya sangat buruk kepada keperibadian bangsa dan identiti negara. Saidina Umar Al-Khattab pernah menyatakan: “Kita adalah satu bangsa dan golongan yang dimuliakan Allah apabila kita berpegang kepada ajaran Islam. Tetapi sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada cara Islam, sudah tentu Allah akan menimpakan kepada kita kehinaan.” Generasi muda sepatutnya sedar dan insaf beramal dan mengikut budaya selain Islam, terutama dalam meraikan hari tertentu boleh menjejaskan akidah dan menghakis keluhuran budaya tempatan. Ingatlah firman Allah dalam Surah Faathir ayat 8: “Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik.” Sesungguhnya generasi muda Malaysia akan mengalami kerencatan pada masa hadapan jika mereka dibuai dan dihanyutkan dalam budaya yang tidak mendatangkan manfaat. Mereka mesti bangkit menjadi benteng kukuh untuk kemajuan negara dengan keteguhan iman, akhlak mulia dan intelek unggul. Adunan tiga elemen itu akan melahirkan warga muda yang dapat memacu negara ke arah kegemilangan.Menurut Hasan Al-Bana: “Generasi muda adalah rahsia kehidupan bangsa dan sumber kebangkitan.”Kata Sasterawan Negara, Arena Wati menerusi novelnya Sukma Angin: “Keimanan manusia, intelek dan cita rasa manusiawi itu bergantung jadi tenaga dalam diri individu memilih dan membina tamadun.”
Posted by ciwa at 18:20 0 comments